My Speech for Reunion

Assalamualaikum dan selamat datang saya ucapkan kepada Yang Amat Dihormati, Tuan Haji Nik Abd Razak Nik Salleh dan Puan Hajjah Sabariah Ibrahim, Yang Amat Dikasihi, Cikgu-cikgu dan Yang Sangat Disayangi, Rakan-rakan Seperjuangan sekalian.

Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis yang amat bermakna ini.  Saya pada mulanya merancang sesuatu yang lebih besar, tetapi disebabkan komitmen belajar dan kerja, ramai yang terpaksa menolak untuk hadir pada hari ini.  5 years ago I’ve promised we will have a Reunion with teachers, today the promise has been fulfilled.

Tenang-tenang air di laut,

Sampan pukat mudik ke hulu,

Hati terkenang mulut tersebut,

Bila teringat masa dahulu.

We’re gathered here today to be reunited after more than a decade furthering our studies to secondary and tertiary level and leading different lives.  On this momentous occasion, ZS Alumni wil be lauched simultaneously with ZS Alumni official website.

N6_9ZS Alumni is founded to be a platform for former students to network and also for old time’s sake.  Everyone who is present today will automatically be the first members of the ZS Alumni and also the pioneers.  ZS is indisputably the best primary school in Kelantan, and one of the best in the country.  So I believe most of former ZS students are doing well now, and it is the Alumni’s role to bring together all these ex-girls of this glorious alma mater linked together and keep us in touch.  When the Alumni grows bigger, the school can look us up for assistance, maybe handling leadership programmes, fund raising and etcetera.

Our long term goal is to be as strong and influential as Malay College Old Boys Association, or famously known as MCOBA.  I know the idea sounds far fetched, but MCOBA is already 75 years old, we are just starting a new Alumni with a new Vision, TODAY.  If I don’t live to see the day materialize, I hope the future generations will carry the torch for me.  But I do hope that ZS Alumni will already be making its existance strongly felt and has a lot of active members by the time SK Zainab (1) celebrates it’s Gold Jubilee in 2011.

Next year my youngest sister, the 8th in the family will join ZS.  This has proved our loyalty and believe in the school and if my father has sent 8 daughters there, it would not be a surprise if one day my daughters will attend Zainab (1) as well.

ZS has moulded us to who we are today.  We are where we are and who we are because of the strong fundamentals we had been given during our Primary years in ZS. Terima Kasih Cikgu, kerana bakti yang bukan sedikit, Terima Kasih Cikgu, kerana banyak bersabar dengan karenah kami semua, Terima Kasih Cikgu kerana mendidik dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak sekolah kerana meminjamkan LCD Projector, Lily yang menjadikan website Alumni satu kenyataan hanya dalam masa kurang dari 2 minggu, Nolee yang tidak tidur semalaman kerana menyediakan multimedia presentation dan rakan-rakan yang lain (u know who u are) kerana turut membantu menghubungi rakan sekolah yang kebanyakannya tidak ada di Kota Bharu. 

Ada yang sudah berpindah ke luar Kelantan, ada yang masih menuntut di luar negara, ramai yang sudah tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan, dan menanti tawaran kerja, masih ramai juga yang masih menuntut seperti saya, dan semalam, Farah Wahida dari 6 Putih selamat diijabkabulkan, yang pertama dari 6 Putih yang mendirikan rumahtangga.  (siapa tahu mungkin ketua pengawas akan menyusul selepas ini.. tungguuuuu….)

Today’s Reunion is very special because it has been almost 11 years since we left Zainab (1).  The presence of beloved teachers who had taught us more than a decade ago is really touching, many has stayed with ZS and I believe that Sir Mahisham who has transferred to other school still thinks that ZS is unequalled.

Sesungguhnya batch UPSR 1994 memang unik, kerana kami ialah Batch pertama bersama Tuan Haji Nik Abdul Razak.  Pada tahun itu jugalah, batch 1994 memecahkan rekod selama 7 tahun dengan 47 orang mendapat 4A (kalau tidak silap saya).  Saya bangga kerana Batch UPSR 1994 adalah perintis bagi sesuatu yang sangat penting dan bermakna seperti ini.

Selepas perasmian, multimedia presentation akan diadakan untuk mengimbas kembali zaman kanak-kanak.  Gambar-gambar yang akan ditayangkan adalah yang berjaya kami kumpulkan dalam masa 3 hari.  Jadi saya harap tidak ada yang terasa jika tiada gambar mereka di dalam slides nanti.

Sekian sahaja ucapan saya kali ini, semoga majlis hari ini diBerkati Allah dan memberi kenangan indah buat semua. 

Kalau sehari selembar benang,

Lama-lama menjadi kain,

Kita bertemu berbincang-bincang,

Itu ini dan lain-lain.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh hamba menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Lain kali ketemu lagi.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

2 Responses to “My Speech for Reunion”

  1. Tips Beauty Says:

    I ve been reading along for a while now. I just wanted to drop you a comment to say keep up the good work.

    Joan
    Tips Beauty

  2. Mittu Says:

    Blogwalking ..
    nice posting i found here,.. thanks for the info

Leave a Reply